Saturday 23 August 2014


Bee Farm

Goh Tong Jaya,
Genting Highlands

Antara kategori lebah yang telah diawet


Bee Farm terletak di Goh Tong Jaya, Genting Highlands, iaitu sebelum roundabout ke Institusi Aminuddin Baki. Para pelawat boleh melihat jenis-jenis lebah yang telah diawet mengikut kategorinya. Selain itu, pelawat boleh merasa madu dan melihat galeri lebah yang hidup. 


Rumah/sarang lebah yang hidup


Di sini juga, pelawat diberikan minuman berasaskan madu secara percuma di cafe. Terdapat sebuah kedai craft yang menjual cenderamata yang berasaskan lebah sama ada dalam bentuk mati mahupun yang hidup. 


Sejarah:

Lebah madu ialah subset lebah dalam genus Apis, dibezakan terutamanya dengan penghasilan dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada lilin lebah. Hanya lebah madu merupakan ahli yang masih hidup dalam puak Apini, semua dalam genus Apis. Sekarang ini, terdapat hanya tujuh spesies lebah madu dikenalpasti dengan jumlah 44 subspesies,[1] walaupun sejarahnya, kira-kira daripada enam hingga sebelas spesies telah dikenalpasti. Lebah madu mewakili hanya pecahan kecil daripada kira-kira 20,000 spesies lebah yang dikenali. Beberapa jenis lebah bersaudara menghasilkan dan menyimpan madu, namun hanya ahli dalam genus Apis merupakan lebah madu sebenar.

Rujukan: 
  1.  Michael S. Engel (1999). "The taxonomy of recent and fossil honey bees (Hymenoptera: Apidae: Apis)". Journal of Hymenoptera Research 8: 165–196.




Lexis Port Dickson
"Smart Living above The Sea"
Ogos 2014


LEXIS Port Dickson terletak berdekatan dengan Bandar Lukut, iaitu 2km dari Port Dickson. Pengunjung boleh menggunakan jalan North-South Expressway (100km) dari Kuala Lumpur. 
Chalet ini merupakan inspirasi daripada sebuah resort di Bali. Gelaran "Smart Living above The Sea" betul-betul awesome...chalet di atas laut sangat mendamaikan sesiapa yang menginap di hotel tersebut. 


Bilik pilihan saya adalah "Deluxe Water Chalet" yang berkedudukan di atas laut. Lantai rumah yang lutsinar membolehkan saya melihat pasang surut air laut. Deruan angin yang menampar pipi sangat mendamaikan jiwa. Berehat di luar balkoni yang berhadapan dengan laut boleh menghilangkan stress berlalu bersama hempasan ombak. 


Berbicara tentang HARGA, chalet ini mempunyai harga yang berpatutan selari dengan jenis bilik dan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel (dari harga RM296++ hingga RM1450++) rujuk package yang telah disediakan oleh pihak hotel. 

Siapa yang berminat untuk HONEYMOON di sini, mereka juga telah menyediakan package "Sweet Honeymoon and Romantic Gateaway" (RM1498++/night)...hihihi...

Apa pun untuk keterangan lanjut boleh hubungi alamat di bawah dan website yang telah disediakan. 



Alamat Lokasi: 

Lexis Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan
+60 6-653 2000
4.2
 
 

"Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 dan Jemputan Nusantara"

16-20 Ogos 2014
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai



NILAI, 20 Ogos (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidah, Selangor, muncul juara pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Dalam pertandingan akhir, kumpulan debat SMKA Maahad Hamidah dari Kajang itu dinobatkan sebagai johan selepas menewaskan wakil Negeri Sembilan, SMKA Datuk Haji Abu Hassan Haji Sail dari Pedas.

Bagi kategori Jemputan Nusantara, pasukan debat dari Pondok Modern Darussalam Gontor Putri, Ngawi, yang mewakili Indonesia, muncul johan selepas menewaskan wakil Malaysia, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dari Klang.

SMKA Maahad Hamidah, yang membariskan pendebat terdiri daripada Aiman Arif Adnan, Jihad Muhamad Fuad, Anis Farhana Amran dan Nurul Basyirah Nurul Amali, membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor USIM, wang tunai RM2,000, Piala Iringan Sekolah dan Pendebat serta sijil penghargaan.

SMKA Datuk Haji Abu Hassan Haji Sail, selaku naib johan, membawa pulang Piala Iringan Sekolah dan Pendebat, wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Anis Farhana Amran, pelajar SMKA Maahad Hamidiah, pula dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Pertandingan debat peringkat kebangsaan edisi ketujuh itu memperdebatkan usul 'Pengajaran Sejarah di Sekolah Menengah Menggalakkan'.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah.

Sebanyak 46 sekolah menengah seluruh negara, terdiri daripada SMKA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Berasrama Penuh terpilih, menyertai pertandingan itu pada tahun ini.

Dalam kategori Jemputan Nusantara, sebanyak 13 sekolah dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand menyertainya.

-- BERNAMA--

Sunday 10 August 2014

Salam Lebaran 1435H


"Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin"
28 Julai 2014 Bersamaan 1 Syawal 1435H
From: WMR's Family



Tanggal 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H, umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan  (Idul Fitri) setelah selama 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan...Salam Lebaran buat semua umat Islam terutamanya kepada ahli keluarga...Lebaran kali ini sepi tanpa atuk dan nenek yang telah pulang ke alam barzakh (al-fatihah buat mereka)... 


Ini keluarga Haji Wan Mohammad bin Haji Wan Chik & Hjh. Rubiah bt Hj. Husain.
Kami 7 beradik yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Iyalah umur kami tidak jauh beza antara satu sama lain. Along, angah, alang, ateh, andak (kakak), aqim, & adeq boleh dikatakan "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"... banyak kenangan kami di hari raya ~~~peace~~~


Ini keluarga Abdul Malek bin Nordin & Rubiah Rohaya bt Hj. Husain. 

Mempunyai 4 orang anak (Ummi Sara, Abdul Salam, Ummu Samraa, dan Ummu Safia)...Makcik Ya dah dapat dua menantu dan sepasang cucu...memang meriah lah sekali sekala bila berkumpul...


Ini keluarga adik bongsu mak (Norlela bt. Hussin)

Mempunyai 4 orang anak (Aliff (arwah); Farah, FAtin, & Farhana)... Raya tahun nie sedih sikit sebab telah kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga...cukup 1 bulan pemergian arwah (al-fatihah)...

Walaupun atok dan nenek telah diada, kami masih lagi berkunjung ke rumah peninggalan mereka pada pagi raya...Semoga arwah tenang di sana...aminnn....